Khamis, 15 November 2012

Pengenalan Keris

nama penting dalam mata Keris              

 Keris adalah merupakan salah satu senjata warisan masyarakat Nusantara. Keris sering digunakan dalam masyarakat dinusantara dalam kehidupan seperti keperluan..Hasil kajian masa kini yang dilakukan mendapati senjata yang berupa Keris hanya ada terdapat diNusantara dan tidak didapati dikawasan lain dalam dunia ini. Keris dicipta bukan sekadar untuk peperangan dan mempertahankan diri,ia juga merupakan pelbagai maksud beragam makna, falsafah, pangkat, keturunan, kekuasaan, adat, dan budaya. Pada zaman dulu. Keris sering dikaitkan dengan masyarakat melayu yang menjadi lambang kedaulatan, kekuatan dan keagungan sesebuah kerajaan Melayu. Dalam sejarah telah terbukti tentang kehebatan Keris dan penciptaan yang penuh halus dan berseni..
seni terhias
Perkataan Keris dipercayai berasal dari suku kata "kerik" ringkasan daripada perkataan "Malang Kerik" dari perkataan bahasa jawa kuno yang merujuk kepada senjata awal  hulunya berupa orang. Apa pun Keris mula dicipta di jawa dan kemudiannya tersebar diseluruh nusantara..