Sabtu, 24 November 2012

kata orang tentang Keris

Kata Orang Tentang Keris

  Keris...sakti....saka...berhantu....seram........

Itulah yang sering diperkatan tentang keris oleh sesetengah masyarakat kita yang masih berfikiran kebelakang sehingga takut untuk memenggang Keris walaupun keris itu baru... Cuba lah kita renung sejenak wahai sahabat ku..lihatlah betul-betul pada keris itu..apa yang sahabat sekalian nampak..  lihatlah bentuknya,halus nya seni dan hebat rekaannya..tidak sahabat sekalian berasa hairan?bagaimana zaman dulu yang tiada mesin canggih boleh mencipta nya...inilah sebuah kazanah melayu yang hilang.!!!!!!!!

Khamis, 15 November 2012

Pengenalan Keris

nama penting dalam mata Keris              

 Keris adalah merupakan salah satu senjata warisan masyarakat Nusantara. Keris sering digunakan dalam masyarakat dinusantara dalam kehidupan seperti keperluan..Hasil kajian masa kini yang dilakukan mendapati senjata yang berupa Keris hanya ada terdapat diNusantara dan tidak didapati dikawasan lain dalam dunia ini. Keris dicipta bukan sekadar untuk peperangan dan mempertahankan diri,ia juga merupakan pelbagai maksud beragam makna, falsafah, pangkat, keturunan, kekuasaan, adat, dan budaya. Pada zaman dulu. Keris sering dikaitkan dengan masyarakat melayu yang menjadi lambang kedaulatan, kekuatan dan keagungan sesebuah kerajaan Melayu. Dalam sejarah telah terbukti tentang kehebatan Keris dan penciptaan yang penuh halus dan berseni..
seni terhias
Perkataan Keris dipercayai berasal dari suku kata "kerik" ringkasan daripada perkataan "Malang Kerik" dari perkataan bahasa jawa kuno yang merujuk kepada senjata awal  hulunya berupa orang. Apa pun Keris mula dicipta di jawa dan kemudiannya tersebar diseluruh nusantara..